KUALA LUMPUR – Malaysia memperoleh kemenangan ketiga berturut-turut pada Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia 2018 setelah menundukkan Korea Selatan 4-2 pada perlawanan ketiga pusingan awal di Kompleks Sukan Sultan Qaboos di Muscat, Oman awal pagi tadi. Pasukan negara mendahului menerusi gol padang daripada Muhammad Firhan Ashari pada minit ke-11 sebelum Korea Selatan menyamakan kedudukan melalui Yang Jihun hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-15, menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia…










