KUALA LUMPUR 15 Ogos – Polis memanggil aktivis sosial, Hishamuddin Rais untuk memberi keterangan berhubung satu daripada artikel yang dimuat naik dalam laman blognya pada 18 September lalu. Siasatan terhadapnya dilakukan susulan laporan polis dibuat seorang pekerja Pelita Group yang disebut dalam artikel tersebut. “Saya dipanggil memberi keterangan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah. “Saya hanya menjawab soalan berkaitan peribadi dan jawapan lanjut berkenaan artikel…










