KUANTAN 9 Okt. -Pemegang konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1, Anih Berhad meminta pihak tidak bertanggungjawab menghentikan tular ‘voice note’ berkaitan tanah runtuh di Kilometer 52.4 yang disebarkan di aplikasi WhatsApp sejak petang tadi. Anih Berhad dalam satu kenyataan berkata, kejadian yang dikatakan berlaku di Bentong menghala Timur, dekat sini itu adalah tidak benar. “Syarikat memohon tular berkenaan dihentikan kerana ia adalah berita palsu. “Sebarang maklumat atau kemusykilan, pengguna LPT boleh mengikuti laman rasmi Facebook LPT dan Twitter @LPTTrafik,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya