Henry terpaksa terus menanti kemenangan pertama Monaco - Utusan Malaysia

Henry terpaksa terus menanti kemenangan pertama Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUGES (Belgium) 25 Okt. – Pasukan Monaco yang dibelenggu masalah kecederaan terus gagal memberi kemenangan pertama yang diidamkan oleh Ketua Jurulatih Thierry Henry apabila terikat seri 1-1 dengan Club Brugge awal pagi ini.

Moussa Sylla seolah-olah memberi sinar menamatkan kemarau kemenangan selepas mengharungi 11 perlawanan dengan gol pembukaan selepas 30 minit perlawanan berlangsung di Stadium Jan Breydel, tetapi gol Wesley berjaya mencuri satu mata untuk juara Belgium itu.

“Kami masih tidak mencapai prestasi sepatutnya selepas di Strasbourg,” kata Henry, selepas kekalahan terhadap Strasbourg Sabtu lalu. “Hari ini seri, tetapi ia bukan kejayaan.”

Henry, mengambil alih pasukan berkenaan daripada Leonardo Jardim yang dipecat awal bulan ini, melihat pemain mudanya semakin kurang bersemangat selepas pasukan itu terus dibelenggu masalah kecederaan.

“Tidak mudah untuk mendapatkan satu mata di tempat lawan, tetapi kami tidak mahu terlalu terbawa dengan keputusan itu,” kata bekas bintang Arsenal berusia 41 tahun itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN