Henry terima tawaran Monaco - Utusan Malaysia

Henry terima tawaran Monaco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONACO – Legenda Arsenal, Thierry Henry bakal memulakan karier­nya sebagai pengurus pasukan apabila bersetuju untuk membimbing AS Monaco selepas menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab itu.

Kelab yang beraksi dalam saingan Ligue 1 Perancis itu baharu sahaja memecat jurulatihnya, Leonardo Jardim kelmarin dan terus melantik Henry yang sebelum ini dikaitkan akan menyertai Aston Villa selepas meninggalkan jawatannya sebagai pembantu jurulatih Belgium bersama Roberto Martinez.

Jardim dipecat daripada jawatan sebagai jurulatih kelab itu ekoran kemerosotan prestasi apabila Monaco kini terperosok ke tangga ke-18 liga apabila sekadar memenangi satu daripada sembilan perlawanan selain tewas sebanyak lima kali musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Henry sudah tidak asing lagi di Monaco kerana beliau sebelum ini memulakan kariernya sebagai pemain profesional bersama kelab itu sewaktu remaja.

Martinez sebelum ini meminta Henry untuk terus kekal membantunya di Belgium, namun beliau membuat keputusan menerima tawaran yang diberikan oleh Monaco dan dijangka memulakan tugas bermula Isnin ini.

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu juga dijangka membawa bersama pengurus skuad bawah 18 tahun Arsenal, Kwame Ampadu untuk membantunya di Monaco.

Selain itu, beliau juga dilaporkan sudah menghubungi jurulatih bawah 23 tahun Benfica, Joao Tralho serta jurulatih Rennes, Julien Stephan untuk menyertainya di Monaco. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini