Helikopter pemilik Leicester City terhempas di luar stadium - Utusan Malaysia

Helikopter pemilik Leicester City terhempas di luar stadium

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEICESTER, United Lingdom 28 Okt. – Sebuah helikopter milik taikun Thailand, Vichai Srivaddhanaprabha terhempas berhampiran stadium kelab miliknya, Leicester City awal pagi tadi.

ANGGOTA bomba bergegas ke lokasi helikopter terhempas. - REUTERS
ANGGOTA bomba bergegas ke lokasi helikopter terhempas. – REUTERS

Kejadian yang sempat dirakam menerusi kamera telefon pintar itu melihatkan helikopter malang tersebut terbakar sebelum asap keluar dari bangkai pesawat.

Helikopter tersebut dilaporkan terhempas di kawasan meletak kereta Stadium King Power selepas perlawanan antara Leicester dan West Ham.

GAMBAR FAIL Vichai Srivaddhanaprabha - AFP
GAMBAR FAIL Vichai Srivaddhanaprabha – AFP 

Srivaddhanaprabha dilaporkan selalu hadir dan pulang dari stadium menggunakan helikopter selepas menghadiri membabitkan perlawanan di gelanggang sendiri.

Pihak polis memaklumkan mereka masih melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Identiti juruterbang dan penumpang di dalam pesawat masih lagi belum dikenal pasti.

“Kami membantu polis Leicestershire dan pasukan kecemasn menguruskan kejadian yang berlaku di Stadium King Power,” kata Leicester City menerusi kenyataan awal pagi tadi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN