LEICESTER – Sebuah helikopter dipercayai milik pemilik kelab bola sepak Leicester City, Vichai Srivaddhanaprabha dilaporkan terhempas dekat Stadium King Power selepas berlepas dari padang stadium itu apabila berakhirnya perlawanan Liga Perdana malam semalam.
Menurut seorang saksi yang berada di lokasi kejadian memberitahu dia telah melihat helikopter Augusta Westland AW-169 itu hilang kawalan gara-gara masalah teknikal di bahagian enjin pesawat itu sejurus berlepas dari padang stadium berkenaan.
Bagaimanapun, nasib billionair Thailand Vichai masih belum diketahui tetapi dikatakan pemilik kelab Leicester City itu telah berada dalam helikopter itu ketika ia berlepas, kata seorang pakar sukan dari BT Sports yang menyaksikan helikopter tersebut berlepas dari stadium itu.

” Kami sedang membantu pihak polis Leicestershire dan perkhidmatan kecemasan bagi mengendalikan insiden di Stadium King Power.
“Pihak kelab akan memberi kenyataan rasmi selepas segala maklumat terperinci diterima mengenai kejadian itu,” kata seorang jurucakap kelab tersebut. – Agensi











