KUALA LUMPUR – Isteri penyanyi terkenal Allahyarham Saleem, Juriah Bachok berkata, suaminya ada meluahkan hasrat untuk mengadakan konsert jelajah sehingga ke Indonesia sebelum dijemput Ilahi. “Allahyarham ada berbincang dengan saya dan mengajak menantunya, Norliza Khairuddin mengenai perkara tersebut (konsert jelajah di Indonesia) sewaktu dia masih sihat. “Dalam keadaan sakit pun, Allahyarham sempat bercakap dengan menantunya itu. Katanya, peminat di Indonesia sering bertanyakan kepadanya bila dia akan membuat persembahan di sana kerana peminatnya di Indonesia amat rindukan persembahannya,” kongsi Juriah ketika ditemui Kosmo! usai pengebumian suaminya itu. Dalam pada itu, Juriah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya