Pencapaian Omar Jumiran bukan sesuatu yang biasa-biasa. Penyertaannya dalam Kejohanan Dunia Motosikal Binaan Khas AMD di Cologne, Jerman baru-baru ini adalah satu catatan sejarah bagi Malaysia. Sejak diperkenalkan pada 2004, kejohanan itu belum pernah menyaksikan kehadiran peserta dari Malaysia. Omar merupakan rakyat Malaysia pertama yang bertanding dalam kejohanan paling berprestij bagi pereka motosikal binaan khas. Kalau Piala Dunia FIFA adalah kejohanan bola sepak paling berprestij, Kejohanan Dunia AMD adalah ibarat…










