KOTA BHARU 24 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan menegaskan pembayaran gaji penjawat awam di negeri ini mencukupi dengan perolehan hasil negeri sebanyak RM300 juta setahun. Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pendapatan itu diperoleh melalui sumber daripada hasil tanah, hutan, mineral dan kayu-kayan di negeri ini. Beliau berkata, tidak timbul isu pembayaran emolumen dan gaji kerana apa yang dipohon kepada kerajaan Pusat adalah ‘Pendahuluan Boleh Dituntut’ bagi menampung keperluan aliran…










