Hasanah tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

Hasanah tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid tiba 10 minit selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sampai di lobi Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

HASANAH ABDUL HAMID
HASANAH ABDUL HAMID 

Kehadiran bekas Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri itu tidak disedari oleh para pengamal media tempatan dan luar negara yang rata-ratanya telah menunggu sejak pukul 6 pagi di pekarangan lobi mahkamah.

Beliau yang memakai baju kurung hijau dipercayai hadir tanpa melalui lobi pekarangan mahkamah.

Beliau dijangka menghadapi satu pertuduhan berkaitan salah guna wang kerajaan yang diperuntukkan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang dipercayai bernilai RM49.5 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN