KUALA LUMPUR 23 Okt.- Bekas ketua pengarah, Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid dijangka akan didakwa Khamis ini kerana terlibat dalam salah guna wang kerajaan yang diperuntukan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menurut sumber, pendakwaan terhadap Hasanah akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kira-kira pukul 8 pagi sebelum dituduh di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan. “Setakat ini pihak mahkamah masih belum mengeluarkan sebarang notis berhubung…










