KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan pecah amanah wang bernilai RM50.4 juta April lalu.
Datuk Hasanah Ab. Hamid, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.
Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah Bahagian Penyelidikan, Jabatan Perdana Menteri yang diamanahkan wang berjumlah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia telah melakukan pecah amanah terhadap wang itu.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya antara 30 April hingga 9 Mei 2018.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










