KUALA LUMPUR 11 Okt. – Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kurau, Perak menyasarkan dana sebanyak RM25,000 dikumpul menerusi Program Hari Usahawanan sekolah tersebut yang berlangsung pada Sabtu ini. Guru Besar SK Batu Kurau, Meor Ahmad Aziz berkata, dana tersebut bakal diperuntukkan bagi proses pembelajaran murid serta menampung aktiviti kokurikulum sekolah. “Hari usahawan ini merupakan kali kedua diadakan serta bakal berlangsung secara besar-besaran. Program ini bukan sahaja menjemput para ibu bapa kepada murid-murid, malah melibatkan agensi luar antaranya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan syarikat bank.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya