Harga rokok naik hujung bulan ini - Utusan Malaysia

Harga rokok naik hujung bulan ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Harga jualan runcit semua rokok akan dinaikkan dalam tempoh tiga minggu iaitu dijangka hujung bulan ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, harga produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan apabila terdapat mana-mana cukai dinaikkan berdasarkan Peraturan 8A Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Beliau berkata, atas sebab itu, Kementerian Kesihatan sedang menyelaraskan kelulusan harga rokok terkini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) baru-baru ini akan menyebabkan harga bagi semua jenis produk tembakau termasuk rokok perlu dinaikkan.

“Atas sebab itu, di bawah Peraturan A, harga perlu dinaikkan daripada harga yang terikat ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini