KUALA LUMPUR 4 Okt. – Keputusan berhubung isu penghapusan kutipan tol lebuh raya akan diketahui dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian. Beliau berkata, ketika ini pihaknya sudah menerima beberapa cadangan daripada syarikat konsesi lebuh raya yang terlibat dan akan menilai semua cadangan berkenaan sebelum membuat sebarang keputusan. “Masa sekarang kita masih berunding, mencari satu jalan yang saling memanfaatkan kepada pihak berkepentingan dan kerajaan baharu. Apa yang nanti diputuskan cara baiknya yang diterima semua pihak berkepentingan. Saya percaya itu akan dilaksanakan. “Saya difahamkan semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya