PALU 8 Okt. – Hampir 2,000 mayat ditemukan di Palu sejak gempa bumi dan tsunami melanda bandar Indonesia itu dan angka berkenaan dijangka terus meningkat ketika ribuan lagi penduduk dilapor masih hilang. Jurucakap tentera tempatan, M. Thohir berkata, angka kematian akibat bencana berganda di Pulau Sulawesi yang meranapkan kawasan pinggir bandar Palu telah mencapai 1,944 orang. “Angka itu dijangka terus meningkat kerana kami belum menerima arahan untuk menghentikan operasi mencari…










