NEW YORK 18 Okt. – Lewis Hamilton kini hanya menunggu masa sahaja untuk bergelar juara dunia perlumbaan kereta Formula Satu (F1) buat kali kelima menjelang berlangsungnya Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) di Litar Austin hujung minggu ini. Jika itu menjadi kenyataan, pelumba dari Britain itu sudah semakin menghampiri rekod tujuh kejuaraan yang dipegang Michael Schumacher sebelum ini. Bagaimanapun Hamilton berkata, dia tidak pernah terfikir untuk mengejar rekod Schumacher lagi…










