Hamilton muncul juara dunia lima kali - Utusan Malaysia

Hamilton muncul juara dunia lima kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY 29 Okt. – Lewis Hamilton berkata dia berasa rendah diri selepas dinobatkan juara dunia Formula Satu (F1) buat kali kelima di Grand Prix Mexico.

Pelumba Mercedes itu menyertai mendiang, Juan Manuel Fangio dan Michael Schumacher yang sebelum ini pernah menjuarai F1 sekurang-kurang lima kali selepas Hamilton menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat.

“Saya cuba dan sedar bahawa saya sudah memenangi lagi satu kejuaraan. Saya berasa sangat pelik. Saya masih ingat ketika memenangi kejohanan dalam Formula Tiga dan ia kemudiannya tidak didaftarkan. Sudah pasti saya berasa lebih teruja kerana saya terlalu memikirkannya,” kata Hamilton.

Hamilton memenangi 71 perlumbaan, kurang 20 berbanding Schumacher dan memenangi empat gelaran untuk Mercedes dalam tempoh lima tahun. Kejuaraan pertama Hamilton ketika bersama McLaren pada 2008.

Turun beraksi di Mexico dengan kelebihan 70 mata dan hanya perlu menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di tempat ketujuh, Hamilton meluahkan keterujaannya apabila dia kini menemui dirinya yang sebenar.

“Sekarang, saya berasa sangat merendah diri dengan pengalaman yang ada. Sukar untuk saya menyedari detik ini. Sudah pasti saya impikan kejayaan seperti ini namun saya tidak pernah terfikir saya akan berdiri di sini sebagai juara dunia lima kali.

Mengucapkan terima kasih kepada pasukan, keluarga dan terutama ayahnya yang telah banyak berkorban, Hamiton berkata musim ini adalah yang terbaik.

“Apabila saya menjuarai F1 pada tahun lalu saya fikir macam mana saya boleh tingkatkan prestasi, macam mana saya boleh menjadi lebih cergas, lebih fokus dan menguruskan masa lebih baik.

“Saya fikir tahun ini saya sudah melakukannya dengan baik. Saya tidak pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan umur, mungkin pengalaman membantu tetapi jujurnya saya beraksi di tahap terbaik pada tahun ini,” kata Hamilton lagi. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN