KUALA TERENGGANU 10 Okt. – Pengasas syarikat perkapalan terkemuka negara, Halim Mazmin Berhad, Tan Sri Halim Mohammad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu. HALIM MOHAMMAD Beliau menggantikan Datuk Mohammed Azlan Hashim yang menamatkan kontraknya pada 30 September. Pusat Komunikasi Korporat UMT dalam satu kenyataan memberitahu, pemilihan Halim adalah tepat untuk memperkukuh dan memacu UMT ke arah melahirkan tenaga pakar…










