Hal rumah tangga sangat sensitif -Ayu Raudhah - Utusan Malaysia

Hal rumah tangga sangat sensitif -Ayu Raudhah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – “Video itu sepatutnya tidak seharusnya ‘bocor’ kepada umum,” ulas Ayu Raudhah, isteri kepada pemain bola sepak, Zaquan Adha.

Ayu yang juga pelakon mengulas mengenai video yang dikatakan mirip pemain bola sepak skuad Kuala Lumpur itu yang tular dalam alam maya sejak awal bulan ini.

“Telefon bimbit saya rosak dan dihantar ke kedai telefon bimbit untuk diperbetulkan. Menurut jurubaiki, ia perlu diformat semula bagi mengelakkan kerosakkan yang lebih rumit.

“Saya memang tak dapat nak buat salinan semula gambar-gambar terlebih dahulu sebab tidak menyangka telefon saya akan rosak sehingga perlu diformat semula.

“Akibatnya semua foto-foto serta video di dalam telefon saya hilang dan tidak dapat diselamatkan,” ujarnya ketika ditemui di majlis pelancaran program Smart Kinder-Tech di Wisma Smart Reader, Segambut, di sini.

Sementara itu, Ayu memilih untuk tidak memberikan sebarang reaksi berkenaan kontroversi yang sedang hangat diperkatakan warganet.

“Saya tidak mahu cakap lebih tentang isu ini kerana ia adalah antara saya dan suami. Ia agak peribadi untuk dikongsikan.

“Saya tidak perlu mengiyakan atau menidakkan kerana ia adalah isu yang sensitif dan melibatkan hal rumah tangga.

“Cuma kasihan jugalah pada suami kerana reputasinya tercalar ekoran penularan video tersebut.

“Tambahan pula dia sedang membina semula namanya dalam arena bola sepak selepas pulih daripada kecederaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN