DALAM mencari idea untuk Merrepak, adalah menjadi kemestian untuk saya peka kepada sekeliling. Dan untuk itu memerlukan saya berada dalam lingkungan orang ramai. Namun, satu-satunya tempat yang boleh saya bertoleransi dengan kesesakan ialah di dalam stadium. Kalau sesak di jalan raya, habislah minyak. Sesak di pejabat imigresen, habislah bayar parking. Sesak di klinik, habislah dengar bayi meraung. Tetapi yang tak habis-habis ialah gelagat manusia yang seronok diperhatikan dan diperdebatkan atau…










