Hakim, kakitangan mahkamah antara mangsa tragedi JT610 - Utusan Malaysia

Hakim, kakitangan mahkamah antara mangsa tragedi JT610

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Ketua Hakim Wilayah Bangka Belitung, Ridwan Mansyur sepatutnya pulang ke bandar Pangkal Pinang di Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia pagi semalam.

Bagaimanapun, perjalanan itu terpaksa ditangguhkan kerana beliau perlu hadir ke Mahkamah Agung Indonesia, menyebabkannya gagal menaiki pesawat Lion Air JT610 ber­kenaan.

“Saya masih ada urusan di Mahkamah Agung,” kata Ridwan dengan nada lemah kepada agensi berita Detik.com semalam.

Apabila mempunyai masa terluang, kebiasaannya, Ridwan memilih untuk pulang ke rumahnya di bandar Cibinong, Bogor untuk berkumpul dengan ahli keluarganya pada setiap hujung minggu. Jus­teru, Ridwan akan menaiki pesawat terawal untuk pulang ke Pangkal Pinang pada pagi hari Isnin.

Beliau sangat terkejut apabila menerima berita pesawat yang dijadualkan dinaikinya telah terputus hubungan dengan menara kawalan sebelum disahkan terhempas di perairan Karawang tidak berapa lama kemudian.

Ridwan turut menzahirkan rasa duka kerana empat rakannya merupakan antara penumpang pesawat tersebut. Dua orang daripada mereka merupakan pekerja bawahannya iaitu Hakim Tinggi Kartika Ayuningtyas Upiek dan Hasnawati.

Sebelum menjadi Ketua Hakim Bangka Belitung, Ridwan pernah menjadi hakim Mahkamah Tinggi Jakarta sebagai Ketua Biro Hukum dan Hubungan Masyarakat di Mahkamah Agung. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN