KUALA LUMPUR 26 Okt – Rekod pencapaian lalu yang kurang baik di Litar Phillip Island, menyebabkan Hafizh Syahrin Abdullah tidak meletakkan harapan besar menjelang Grand Prix Motosikal Australia, hujung minggu ini tetapi keputusan sesi latihan bebas yang dipamerkan pelumba MotoGP negara itu, hari ini, membayangkan sebaliknya. Dalam kedua-dua sesi latihan bebas (FP) yang diadakan pada sebelah pagi dan petang itu, pelumba Monster Yamaha Tech 3 tersebut menunjukkan petanda positif setelah melengkapkan saingan di kedudukan ke-12 dalam FP1 menerusi catatan masa sepusingan satu minit 30.956 saat (s). Pelumba berusia 24 tahun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya