PUTRAJAYA 24 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah akan dikenakan enam pertuduhan bersama esok bagi kes berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC). Menurut sumber, kesemua pertuduhan itu akan dilakukan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah sejumlah wang yang dipercayai bernilai lebih RM6 bilion. Ujarnya, selain mereka, satu pertuduhan di…










