KUCHING – Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM39,574 selepas terpedaya dengan seorang lelaki dari Amerika Syarikat yang mahu memberinya hadiah. Mangsa yang berusia 47 tahun berkenalan dengan Fred Stevens William Fernando yang menyamar sebagai askar pertengahan bulan lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Ghani Abdullah berkata, kejadian berlaku di antara 14 September hingga 2 Oktober lalu sebelum mangsa membuat laporan polis semalam selepas merasakan dirinya…










