Guru khas dilantik bantu MAIPs kesan pelajar asnaf di Perlis - Utusan Malaysia

Guru khas dilantik bantu MAIPs kesan pelajar asnaf di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 28 Okt. – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), melantik beberapa guru khas di setiap sekolah di negeri ini, yang berperanan untuk mengesan serta menyalurkan maklumat khusus mengenai pelajar daif secara terus kepada MAIPs.

MAIPs dalam kenyataannya hari ini berkata, program ‘Muraqib Amil MAIPs’ itu akan mewujudkan satu ekosistem baharu yang lebih efektif dalam usaha memberikan lebih banyak perkhidmatan dan penumpuan kepada aspek kebajikan anak-anak yang memerlukan di seluruh Perlis.

“Guru-guru akan bertindak sebagai ‘mata dan telinga’ dalam menyalurkan maklumat asnaf dalam kalangan pelajar, di samping boleh memberikan cadangan apakah bantuan yang sesuai disediakan MAIPs agar ia benar-benar sampai kepada golongan sasar,” kata kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan juga akan memperkasa serta memantapkan lagi peranan MAIPs dalam membantu golongan asnaf di negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan berangkat menyempurnakan pelancaran program berkenaan yang diadakan di Masjid Ali Imran, Ulu Pauh dekat sini hari ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN