Guna Rela jaga keselamatan - Utusan Malaysia

Guna Rela jaga keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELBAGAI kejadian jenayah berlaku sejak akhir-akhir ini bukan sahaja di ibu negara, malah di luar bandar juga. Kemungkinan antara faktor meningkatnya jenayah disebabkan terhadnya jumlah anggota polis. Polis bukan sahaja perlu menguruskan pentadbiran di balai-balai polis, malah rondaan, siasatan dan sebagainya.

Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan semula peranan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Peranan yang lebih besar diberikan kepada anggota Rela. Ini termasuklah menjalankan rondaan bersama dengan anggota polis.

Saya dapati anggota Rela yang mengawal kompleks kediaman kerajaan sentiasa rajin menjalankan tugas. Yang penting kita perlu beri peranaan dan tanggungjawab kepada mereka. Apabila peranan diberikan kepada Rela, saya yakin mereka akan memikulnya dengan penuh amanah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jika sebelum ini rondaan oleh anggota polis mungkin melibatkan tiga atau empat orang anggota, jika dilibatkan anggota Rela mungkin jumlah anggota polis itu boleh dikurangkan kepada dua orang sahaja jika pasukan rondaan berkenaan dibantu oleh anggota Rela.

Ini termasuklah rondaan bermotosikal, berjalan kaki dan sebagainya.

Sepatutnya kerajaan perlu mengembleng tenaga anggota Rela ini bukan sekadar membantu mangsa banjir sahaja, tetapi perlu diperluaskan.

Anggota Rela juga boleh membantu agensi penguat kuasa lain seperti ambulans, bomba dan banyak lagi. Yang penting, anggota Rela ini diberikan kursus lanjutan atau tambahan dalam bidang tertentu supaya pengetahuan dan ilmu dimiliki dapat ditingkatkan lagi.

PENJAWAT AWAM

Lumut, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini