Guna plastik mudah terurai di pasar tani dalam tempoh tiga tahun - Utusan Malaysia

Guna plastik mudah terurai di pasar tani dalam tempoh tiga tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Semua pasar tani  kelolaan  Lembaga  Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan menggunakan plastik mudah  terurai  dalam tempoh tiga tahun. 

Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Ishak berkata, pihaknya sedang berusaha mempertingkatkan kesedaran peniaga serta pengguna terhadap kelebihan penggunaan beg plastik jenis itu yang lebih selamat serta mesra alam melalui kempen-kempen secara berterusan di  737 pasar tani seluruh negara.

“Dianggarkan antara 700,000 hingga 1 juta orang berkunjung ke pasar tani dalam tempoh seminggu. Jadi kita boleh bayangkan berapa banyak jumlah beg plastik yang digunakan setiap kali dan ia pastinya menimbulkan isu serta masalah kepada alam sekitar kerana ia tidak mereput atau hancur.

“Kita juga sedang memikirkan untuk mengambil pendekatan yang sama seperti di Selangor di mana pengguna perlu bayar sebanyak 20 sen jika ingin menggunakan beg plastik.

Bagaimanapun, perkara ini perlu dilaksanakan secara perlahan-lahan serta berperingkat-peringkat bagi mencapai hasrat kita mengurangkan pencemaran alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Pasar Tani Bersih @ Padang Hiliran, di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN