JOHOR BAHRU 17 Okt. – Polis akan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) terhadap ketua dan dalang jenayah penyeludupan dalam usaha membanteras kegiatan tersebut. Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, akta itu akan diguna pakai selain Akta Kastam 1967. “Polis Johor komited untuk membanteras semua aktiviti penyeludupan khususnya melibatkan rokok dan minuman keras di seluruh negeri. “Hingga hari ini, seramai 67 individu yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan telah ditahan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya