Perasaan gugup dan gementar yang ditunjukkan hampir semua peserta program Gegar Vaganza musim kelima (GV5) menjadi punca persembahan pada minggu pengenalan malam Ahad lalu di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sedikit menghampakan. Tempoh hampir 10 tahun tidak menyanyi secara langsung di sebuah pentas berpengaruh menjadi alasan bagi 12 bintang GV5 yang terdiri daripada Amelina, Zamani, Shafiee Rio,Maya,Farawahida, Forteen, Noryn Aziz, Dia Fadila, Billy Zulkarnain, Hetty Sarlene, Safura dan Elite…










