Guan Eng tegur seorang pemimpin DAP belum mohon maaf - Utusan Malaysia

Guan Eng tegur seorang pemimpin DAP belum mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 21 Okt. – Lim Guan Eng menyifatkan seorang pemimpin DAP di Melaka sebagai ‘keras kepala’ kerana belum memohon maaf selepas menerima gelaran Datuk yang bertentangan dengan pendirian parti itu.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, dua pemimpin lain sudah memohon maaf secara peribadi iaitu seorang menteri di Sabah, Stephen Wong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin.

“Di Sabah sudah selesai, di Melaka hanya seorang sahaja yang mohon maaf kepada parti, cuma tinggal seorang sahaja lagi yang keras kepala.

“Saya bukan minta pulangkan, cuma mereka ini perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan kepada parti secara peribadi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen DAP Negeri Sembilan Ke- 18, di sini hari ini.

Guan Eng dipercayai merujuk kepada Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew yang menerima gelaran Datuk bersama Fort Pin sempena sambutan ulang tahun ke-80 Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd. Khalil Yaakob, baru-baru ini.

Baru-baru ini Guan Eng menegur sikap empat pemimpin parti itu yang menerima darjah kebesaran negeri Sabah dan Melaka yang membawa gelaran Datuk, sebelum menunjukkan komitmen serta prestasi kepada rakyat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN