Guan Eng sombong, bongkak - Utusan Malaysia

Guan Eng sombong, bongkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebagai sombong dan bongkak selepas mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa, tindakan tersebut umpama satu penghinaan kepada rakyat dan kerajaan Kelantan.

“Sudahlah berkali-kali membohongi rakyat mengenai kedudukan kewangan negara tanpa sekali pun meminta maaf walaupun tersilap titik perpuluhan,

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hari ini menghina pula rakyat Kelantan seolah-olah terpaksa berlutut kepadanya untuk mohon pinjaman membayar gaji pekerja,” katanya dalam status di Facebook beliau, hari ini.

Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila Guan Eng mendakwa kerajaan negeri Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

Isu berkenaan timbul setelah Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerusi soalan tambahannya pada sesi soal jawab meminta respon Kerajaan Persekutuan sekiranya kerajaan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan mengambil inisiatif sendiri meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika dibatalkan pada masa hadapan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini