KUALA LUMPUR 24 Okt. – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tampil mengemukakan bukti dokumen bagi mengesahkan kerajaan negeri Kelantan memohon bantuan pinjaman pendahuluan untuk membayar gaji kakitangan awam. Menurut Guan Eng, daripada bantuan pinjaman pendahuluan itu, kerajaan negeri Kelantan memohon RM24.5 juta untuk pembayaran gaji kakitangan termasuk sambilan pada tahun ini. Walau bgaimanapun, Guan Eng berkata, Kementerian Kewangan hanya meluluskan peruntukan sebanyak RM22.5 juta bagi membolehkan kakitangan kerajaan negeri Kelantan…










