ARAU 29 Okt. – Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bertitah, menyeru semua graduan supaya menjauhi diri daripada terlibat dalam sebarang bentuk gerakan keganasan. Titah baginda, terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan berfikiran singkat telah memilih untuk mencetuskan kebinasaan melalui cara sedemikian. “Malah mereka juga tidak mewakili mana-mana bangsa, agama mahu pun fahaman,” titah baginda ketika berkenan berangkat menghadiri dan seterusnya menyempurnakan Sidang Keenam dan…










