Graduan dinasihat kawal perbelanjaan, elak risiko berhutang terlalu tinggi - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Graduan dinasihat kawal perbelanjaan, elak risiko berhutang terlalu tinggi – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 29 Okt. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, menasihatkan para graduan supaya bijak mengawal perbelanjaan bagi mengelak risiko berhutang terlalu tinggi yang antara faktor penyumbang golongan belia menjadi muflis.

Baginda bertitah, berbelanjalah mengikut keutamaan dan kemampuan, mengawal nafsu dalam perbelanjaan dan tidak membazir seterusnya bersederhanalah dalam semua perkara.

Kegagalan menguruskan kewangan dengan baik telah menyebabkan sesetengah golongan belia berusia 18 hingga 35 tahun yang kini hidup dalam tekanan, titah baginda.

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat menyempurnakan Sidang Kelima Istiadat Konvokesyen Ke-13, Universiti Malaysia Perlis (Unimap) 2018 di Dewan Ilmu Unimap, Pauh Putra di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Unimap, Prof Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin dan Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal.

Baginda yang juga Tuanku Canselor Unimap bertitah, berdasarkan Laporan Ekonomi Bank Negara Malaysia (BNM), purata pendapatan bulanan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) telah menunjukkan peningkatan sebanyak enam peratus setahun antara 2014 sehingga 2016.

Bagi sidang kelima konvokesyen tersebut, seramai 522 orang graduan menerima Ijazah Sarjana Muda daripada Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Mereka terdiri daripada jurusan Teknologi Kejuruteraan Awam – Pembinaan (61), Kimia – Proses Kimia Industri (58), Kimia – Bioteknologi Industri (60), Elektrik – Kuasa Industri (59) dan Elektrik – Robotik dan Automasi (65).

Selain itu, Elektronik – Sistem Elektronik (43), Elektronik – Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik (46), Elektronik – Rekabentuk Rangkaian Ekektronik (41), Elektronik – Elektronik Bersepadu (31) dan Mekanikal – Permesinan (58). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN