CALIFORNIA 26 Okt. – Google memecat sekurang-kurangnya 48 pekerjanya termasuk 13 pengarah kanan berhubung dakwaan melakukan gangguan seksual sejak 2016. Berita pemecatan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Google, Sundar Pichai menerusi satu emel semalam. Al Jazeera melaporkan, langkah itu dibuat selepas satu laporan dalam akhbar New York Times mendakwa Google melindungi pegawai-pegawai yang melakukan serangan seksual. Artikel tersebut juga menyebut Google mengambil langkah untuk menutup mulut pihak-pihak yang mendakwa berlaku kegiatan tidak bermoral itu dalam kalangan pekerjanya. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya