Gol Sterling bantu England benam Sepanyol - Utusan Malaysia

Gol Sterling bantu England benam Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEVILLE 16 Okt. – Ledakan dua gol Raheem Sterling berjaya membantu England melakar kemenangan antara yang terbaik dalam era moden ke atas Sepanyol 3-2 di Seville pada Liga Negara-Negara Eropah, hari ini.

Beraksi di laman lawan, dan menentang skuad Sepanyol yang berada pada prestasi cemerlang sejak diletakkan di bawah teraju jurulatih baharu, Luis Enrique, kejayaan yang dicatat England sudah tentunya kemenangan terbaik anak-anak buah Gareth Southgate dan, mungkin ia antara yang mengagumkan sejak Three Lions membelasah Jerman 5-1 di Munich pada 2001.

Marcus Rashford, seorang lagi penjaring gol yang disempurnakan dalam tempoh 45 minit pertama permainan, dengan Sepanyol dibolosi sebanyak tiga kali di tanah air sendiri buat kali pertama dalam sejarah bola sepak negara itu.

Paco Alcacer, yang di bawa masuk sebagai pemain gantian, merapatkan jurang gol hasil tandukan pada minit ke-58, tetapi kemenangan England sudahpun terjamin sekalipun Sergio Ramos berjaya menjaringkan gol kedua La Roja pada minit ke-98, yang merupakan aksi terakhir pertemuan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN