Gol Icardi bantu Inter tundukkan Milan - Utusan Malaysia

Gol Icardi bantu Inter tundukkan Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME 22 Okt. – Kapten, Mauro Icardi meledakkan gol dramatik sewaktu masa kecederaan bagi membantu Inter Milan mengejutkan AC Milan 1-0 dalam aksi derby di San Siro yang sekali gus menyaksikan mereka merampas kembali kedudukan ketiga pada Serie A, hari ini.

Pemain antarabangsa Argentina itu memanfaatkan kesilapan yang dilakukan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma untuk menanduk masuk gol pada minit ke-92 bagi menambah derita skuad bimbingan Gennaro Gattuso itu yang masih gagal mencipta kemenangan dalam lima perlawanan terakhir derby.

Namun, skuad bimbingan Luciano Spalletti, Inter pula meneruskan kebangkitan selepas menamatkan penggal lepas di kedudukan keempat dan melayakkan diri ke Liga Juara-Juara buat kali pertama sejak 2011/12.

Memuatkan artikel berkaitan…

Inter kini dipisahkan enam mata dengan pendahulu Juventus, selepas kelab Turin itu diikat Genoa dengan keputusan seri 1-1 di laman sendiri, Sabtu lalu.

AC Milan pula kekal di kedudukan ke-12 selepas menyaksikan rekod tanpa kalah lapan perlawanan mereka dalam semua pertandingan berakhir.

Sementara itu, dalam perlawanan yang berlangsung lebih awal, jaringan lewat permainan oleh Ciro Immobile dan Joaquin Correa memberikan Lazio kemenangan 2-0 di Parma, manakala Atalanta membelasah Chievo 5-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini