KUALA LUMPUR 16 Okt. – Platform perkongsian kereta, GoCar kini boleh didapati di sebanyak 100 stesen Shell di tiga bandar utama negara terletak di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.
Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Shairan Huzani Husain berkata, kerjasama itu selari dengan komitmen syarikat untuk menjadikan perjalanan hidup lebih baik buat rakyat Malaysia.
“Di Shell, kami sentiasa berusaha untuk menginovasikan produk dan perkhidmatan bagi memastikan pelanggan meninggalkan stesen dengan gembira dan berpuas hati.
“Kerjasama dengan GoCar ini menawarkan rakyat Malaysia dengan perkhidmatan baharu sewaan kereta di bawah satu bumbung hanya di stesen Shell,” katanya dalam acara pengumuman GoCar di stesen Shell itu di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif GoCar, Alan Cheah. – UTUSAN ONLINE










