Geng Korok dan Dody ditumpaskan - Utusan Malaysia

Geng Korok dan Dody ditumpaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Okt. – Sebanyak 19 individu termasuk seorang wanita yang dipercayai anggota kumpulan curi kenderaan Geng Korok dan Dody ditahan dalam serbuan bermula 5 Oktober lalu hingga hari ini.

Kesemua suspek berusia lingkungan 15 dan 28 tahun itu ditangkap di sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut menemukan kenderaan dan komponen curi yang disimpan suspek.

“Hasil serbuan kedua dua kes itu, kita telah menemukan sebuah kereta, empat motosikal , 22 rangka motosikal, sebuah enjin dan dua kerangka enjin.

“Kesemua barangan tersebut dijual kepada rakan-rakan suspek. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM40,000,” katanya dalam sidang akhbar di Balai Polis Batu 6, Gombak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN