Gemuruh punca Hafizul laku kesilapan - Utusan Malaysia

Gemuruh punca Hafizul laku kesilapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Lambat membuat keputusan menjadi punca penjaga gol Perak, Hafizul Hakim melakukan kesilapan besar sehingga nyaris menyebabkan pasukannya itu terlepas peluang merangkul trofi Piala Malaysia.

Kata pemain berusia 25 tahun itu, dia tidak dapat memastikan sama ada mahu menyepak atau menangkap bola yang menjadi punca Terengganu memperoleh gol kedua selepas penyerang, Techteche Kipre memanfaatkan kesilapan Hafizul.

“Sebenarnya saya ambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan tersebut kerana rasa gemuruh memandangkan Piala Malaysia ini adalah pentas terbesar buat saya.

“Terima kasih kepada rakan sepasukan yang sentiasa memberi motivasi dan menaikkan semangat saya. Sebaik sahaja babak kedua bermula saya cuba mendapatkan ‘mood’ dan mencari semangat kerana pemain memerlukan saya.

“Jika saya terus hanyut dengan kesilapan itu mungkin keadaan semakin parah. Saya hanya banyakkan berdoa dan minta kekuatan daripada Allah.

“Punca kesilapan itu disebabkan saya lambat buat keputusan kerana saya fikir mahu menangkap atau menyepak bola tersebut. Saya lambat baca pergerakan bola,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan di Stadium Shah Alam, malam tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN