BENCANA gempa bumi paling kuat yang pernah direkodkan di dunia berlaku di Valdivia, Chile pada 22 Mei 1960. Beberapa penyelidikan mencatatkan ukuran gempa itu antara 9.4 hingga 9.6 pada skala Magnitud. Ia berlaku sekitar pukul 3.11 petang (waktu tempatan) dan berlangsung selama 10 minit. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan bencana itu merupakan gempa bumi paling kuat pada abad ke-20. Ia turut dikenali sebagai Great Chilean Earthquake dan 1960 Valdivia…










