ATHENS 26 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 6.4 skala Richter menggegarkan selatan pulau Zakynthos hari ini dan gegaran turut dirasai di bahagian barata Greece. BBC melaporkan, tiada sebarang kecederaan berlaku akibat gempa tersebut, namun dilaporkan terdapat beberapa kerosakan di sebuah pelabuhan di Zakynthos. Beberapa gempa susulan juga dilaporkan berlaku selepas itu sehingga memaksa banyak sekolah ditutup. Gempa tersebut berlaku pada pukul 1.54 petang waktu tempatan, kira-kira 50 kilometer ke barat daya Zakynthos. – AGENSI
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya