SINGAPURA 23 Okt. – Satu gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Taiwan hari ini dengan saksi mendakwa melihat bangunan di ibu negara itu bergoyang. Bagaimanapun masih tiada laporan kerosakan atau kematian akibat gempa itu yang menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berlaku 95 kilometer dari tenggara bandar Su-ao yang berpusat pada kedalaman 26 kilometer. Su-ao terletak kira-kira 70 kilometer dari Taipei. – REUTERS










