KUALA LUMPUR – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter telah menggegarkan Utara Sumatera pada pukul 12.26 tengah malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbar pagi ini memaklumkan gegaran itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan jarak 26 kilometer selatan dari Meulaboh, Indonesia.
Gempa itu bagaimanapun tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – Bernama









