Gelaran kebesaran Najib dan Rosmah ditarik balik - Utusan Malaysia

Gelaran kebesaran Najib dan Rosmah ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Istana Besar Seri Menanti hari ini menarik balik dua darjah kebesaran Negeri Sembilan membawa gelaran Datuk Seri Utama dan Datuk Seri masing-masing kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pembatalan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (SPNS) kepada Najib dan Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (SPTJ) kepada Rosmah berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan oleh Pendaftar Darjah, Dr. Razali Ab. Malik dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan negeri memaklumkan, keputusan penarikan darjah kebesaran tersebut bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di negeri ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN