Gattuso tidak bimbang hilang jawatan - Utusan Malaysia

Gattuso tidak bimbang hilang jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 26 Okt. – Ketua jurulatih AC Milan, Gennaro Gattuso menegaskan bahawa dia tidak bimbang kehilangan jawatannya sebaliknya kekal fokus untuk mengubah nasib pasukannya musim ini.

Gergasi Serie A itu tewas 1-2 kepada Real Betis di laman sendiri dalam saingan Liga Europa awal pagi tadi, sekali gus memberikan lebih tekanan kepada Gattuso.

Milan berada di kedudukan kedua Kumpulan F tetapi bergelut dalam saingan domestik dengan hanya meraih tiga kemenangan daripada lapan perlawanan untuk berada di kedudukan ke-12 liga.

Gattuso yang mengambil alih jawatan itu, November tahun lalu membidas dakwaan yang kini dia sedang berusaha menyelamatkan jawatannya selaku jurulatih.

“Awak fikir ketika ini saya sedang fikir cara untuk menyelamatkan jawatan saya? Saya tidak bimbang mengenai kerja saya atau bagaimana untuk selamatkan diri.

“Saya hanya fikir cara untuk menyelesaikan masalah pasukan saya, sekiranya kelab memberikan peluang untuk saya terus bersama mereka.

“Sebagai pengurus, banyak perkara yang perlu saya bimbangkan dan perlu diselesaikan.

“Saya ada tugasan sukar selepas ini dan saya bertanggungjawab dengan persembahan buruk ini,” kata Gattuso yang akan menerima kunjungan Sampdoria, Ahad ini.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN