FRIM hasil produk antigout daripada pati daun cucur atap - Utusan Malaysia

FRIM hasil produk antigout daripada pati daun cucur atap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) berjaya menghasilkan produk antigout daripada pati daun pokok cucur atap yang banyak terdapat di persisir pantai Pantai Timur terutama di daerah ini.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Datuk Dr. Abd. Latif Mohmod berkata, produk Goutree dalam bentuk kapsul dan cecair penyembur terbabit merupakan hasil penyelidikan pihaknya sejak lapan tahun lalu.

Beliau berkata, minyak daripada pati daun pokok cucur atap telah digunakan secara tradisional oleh masyarakat Melayu bagi meredakan senggugut, kembung perut, sembelit, sakit belakang dan mengurangkan kadar gula dalam darah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kajian saintifik yang dilakukan FRIM mendapati pati daun pokok berkenaan mengandungi enzim yang mampu menghalang pengumpulan asid urik pada sendi tulang yang menjadi punca kepada penyakit gout.

“Pengkomersialan produk Goutree berasaskan pati daun cucur atap ini meliputi kapsul untuk makanan tambahan dan cecair penyembur sebagai agen meredakan kesakitan radang sendi akibat gout,” katanya pada pra-pelancaran produk Goutree di Stesen Penyelidikan FRIM Setiu, Bari Besar dekat sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Bioteknologi Perhutanan FRIM, Datuk Dr. Marzalina Mansor dan Ketua Program Sumber Biologi FRIM, Dr. Fadzureena Jamaludin.  – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini