Ford Ranger baharu dilancar - Utusan Malaysia

Ford Ranger baharu dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 25 Okt. – Ford Motor Company dan rakan pengedar tempatan, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) melancarkan Ford Ranger baharu menerusi rangkaian model yang lebih segar dengan gabungan teknologi, ciri keselamatan dan kemudahan yang terbaik dalam kelasnya.

Harga Ford Ranger baharu bermula daripada RM90,888 sebuah.

Pengarah Urusan SDAC, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, rangkaian Ranger baharu di Malaysia melibatkan sembilan varian iaitu XL (tiga varian), XLT (dua varian), XLT+ (satu varian) dan Wildtrak (dua varian).

Katanya, penampilan Ranger baharu lebih garang dengan rekaan gril baharu yang mempunyai bentuk tersendiri.

“Varian Ranger Wildtrak dan XLT+ dipasang dengan lampu nyalaan siang diod pemancar cahaya (LED) dan lampu utama jenis HID untuk suluhan yang lebih terang dan jelas. Varian ini juga dilengkapi dengan sistem kemasukan tanpa kunci serta butang penghidup enjin.

“Ruang kabin Ranger yang luas dipadankan dengan tona berwarna hitam, menggunakan permukaan yang tahan lasak ditambah dengan eleman kemasan kontras seperti krom dan jahitan benang berwarna perak untuk memberikan rasa yang lebih premium. Rangkaian Ranger baharu dikuasakan oleh tiga enjin diesel iaitu 2.0L Turbo-Tunggal, 2.0L Bi-Turbo dan Duratorq 2.2L,” katanya dalam majlis pelancaran Ford Ranger baharu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN